Cerita ArtisHiburan

Anak Yasmin Hani Suka Pergi Masjid, Terpukau Dengar Azan

Pelakon dan hos, Yasmin Hani berkongsi cerita mengenai anak sulungnya, Noah Ismail Wong yang semakin suka mengunjungi masjid dan surau selain terpukau dengan keindahan azan.

Mula membawa Noah, 5, ke masjid sejak dia berusia setahun, Yasmin berkata dia dan suami, Shaarin Razali memang menjadikan ia satu tradisi untuk membawa anak-anak mereka ke masjid berdekatan rumah untuk menunaikan solat sunat Terawikh pada setiap kali Ramadan menjelma.

“Saya sekeluarga memang pada tiap-tiap kali Ramadan akan meluangkan masa untuk menunaikan Terawikh dan kami bawa kedua-dua anak sekali. Macam Noah dia pun dah biasa dengan persekitaran masjid, malah kalau dengar azan memang dia cukup suka, seakan terpukau dengan laungan azan.

“Noah pun sudah boleh mengaji surah Al-Fatihah pada usia lima tahun dan kalau nampak mana-mana masjid, dia secara spontan akan cakap dengan bapa dia suruh berhenti nak masuk dalam masjid,” kata Yasmin Hani kepada KopiPlanet.com.

Jika kebanyakan ibu bapa agak leceh mahu membawa anak-anak kecil ke tempat beribadat, namun ia tidak menjadi satu masalah buat pelakon itu dan suami kerana mereka akan membawa sekali pembantu yang akan membantu menjaga Noah dan anak keduanya,  Eissa Elzander Wong, 1,  ketika mereka sedang bersolat.

“Alhamdulillah, kami dapat fokus bersolat biarpun bawa anak-anak sebab ada bantuan pembantu pada tahun ini. Sebelum ini, memang saya dan suami gilir-gilir bersolat sambil menjaga anak,” katanya.

Berkongsi tentang menu berbuka dan bersahur, Hani berkata dia menitik beratkan penggambilan chia seed ketika bersahur dan ia memang sangat mengenyangkan sehingga ke petang hari.

“Untuk bersahur, saya memang akan minum chia seed yang dicampur dengan air kosong, ia memang berkesan malah suami pun dah ikut cara pemakanan saya. Untuk berbuka pula, kalau ada masa saya memang akan masak, kalau tidak berkesempatan memang bazar yang jadi tumpuan kami untuk membeli menu berbuka. Kebiasaannya, kami akan ke Bazar Ramadan di TTDI, Segambut Dalam dan Bangsar,” katanya. – KopiPlanet.com

Kredit Foto: Instagram Yasmin Hani

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button