Cerita ArtisHiburan

Atikah Suhaime Sedia Jadi Isteri, Pengaruh Awi Jadi Vegetarian

Pelakon Atikah Suhaime mengatakan dia sudah bersedia bergelar isteri kepada penyanyi Awi Rafael malah sudah mempersiapkan dirinya dengan kemahiran-kemahiran asas seperti memasak dan mengemas rumah.

Pasangan selebriti dari Singapura itu telah mengambil kata sepakat untuk disatukan pada 17 Mac tahun hadapan di negara kelahiran mereka.

“Saya memang boleh memasak dan mengemas rumah. Sekarang ini saya cuba mempersiapkan diri dan cuba sokong Awi dari segala sudut.

“Macam sekarang dia sedang dalam proses untuk berhijrah ke arah lebih baik dan saya sangat sokong dengan perubahan tersebut,” katanya kepada KopiPlanet.com.

Atikah ditemui pada majlis kejutan sambutan hari lahir ke-32 Awi di Suka Sucre Bistro, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Sejak mengikat tali pertunangan pada 17 Mac lalu, Atikah berkata Awi kini merupakan seorang vegetarian seperti dirinya.

Malah, pelakon cantik berusia 27 tahun itu berkata dia sendiri yang memperkenalkan tunangnya itu dengan diet-diet vegan yang bagus untuk kesihatan.

“Awi baharu sahaja jadi vegetarian. Sekarang ini kalau masak lauk kegemaran dia asam pedas, memang tak letak belacan sebaliknya lebihkan terung dan bendi,” katanya.

Pelakon Cinta Tiada Ganti itu juga menyifatkan kisah percintaannya dengan Awi seakan-akan dalam drama kerana tidak menyangka jejaka yang sudah dikenali sejak lapan tahun itu merupakan bakal suaminya.

“Kalau ikutkan kisah cinta kami ini macam dalam drama pula. Sepanjang lapan tahun kenal, kami masih lagi bercinta dengan pasangan masing-masing pada ketika itu dan tak sangka Awi akan bergelar suami saya. Antara tarikan yang ada pada dia ialah dia sentiasa ada apabila saat saya perlukan dia.

“Sebelum bercinta, kalau saya ada masalah dia pasti akan telefon saya padahal dia tidak tahu pun pada ketika itu saya sedang dalam kesusahan. Selain itu, cara Awi menjaga ibunya juga membuka hati saya terhadapnya. Dia melayan ibunya dengan baik dan pastinya InsyaAllah dia akan melayan saya dengan baik juga kelak,” katanya lagi.

Sementara itu dalam perkembangan seni, Atikah berkata dia kini sering kali berulang-alik dari Malaysia dan Indonesia bagi tuntutan kerja.

Di Malaysia, Atikah terlibat dalam penggambaran telenovela 100 episod, Cinta Tiada Ganti manakala di negara seberang, dia terbabit dalam penggambaran filem sequel, My Stupid Boss 2 dan Antalogi Rasa.

“Sekarang memang jadual kerja agak padat dan saya sememangnya dari dahulu bercita-cita nak jadi artis nusantara yang mana saya boleh kembangkan kerjaya bukan sahaja di Malaysia sebaliknya di Indonesia dan Singapura juga.

“Rezeki kahwin nampaknya apabila banyak tawaran lakonan datang berpusu-pusu dan sekarang ini saya memang sering berulang-alik Malaysia dan Indonesia untuk memenuhi tuntutan kerja,” ujarnya. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
1
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button