• FOLLOW US

kopiplanet

Rihanna, Kekasih Terpaksa Keluar Berasingan

Enggan diganggu paparazzi, Rihanna dan kekasih, bilionaire Arab Saudi, Hassan Jameel terpaksa keluar dari sebuah restoran secara berasingan selepas selesai makan malam berdua baru-baru ini.

Rihanna dan Hassan dilihat menghabiskan masa bersama di sebuah restoran makanan Cina yang terletak di tengah kota London sehingga jam 2 pagi.

Penyanyi berusia 29 tahun itu dipercayai meninggalkan restoran terlebih dahulu sebelum Hassan menyusul setengah jam kemudiannya.

Selepas itu, pasangan terbabit kemudiannya terus bergerak dari kawasan tersebut dengan menaiki kereta mewah yang dimiliki Hassan.

Pasangan ini mula menjadi bualan hangat paparazzi selepas foto percutian mereka di Sepanyol tersebar di laman sosial pada Jun lalu. – KopiPlanet.com

Salman Khan Nak Anak Dari Ibu Tumpang

PELAKON Bollywood, Salman Khan mengakui ada memikirkan niat untuk memiliki cahaya mata sendiri melalui kaedah ibu tumpang.

Walaupun sudah meningkat usia 52 tahun, Salman dikatakan masih belum mahu mengikat komitmen perkahwinan biarpun dia kini sedang bahagia dengan kekasih, model kelahiran Romania, Iulia Vantur.

Salman Khan bersama kekasihnya, Iulia Vantur.

Mendambakan cahaya mata kerana sukakan kanak-kanak, Salman mendapat idea itu selepas melihat pengarah Karan Johar turut menggunakan kaedah tersebut bagi mendapatkan anak.

Aktor itu dikatakan sudah mendapat keizinan daripada ibu bapanya bagi tujuan itu dan merancang untuk mencari wanita yang sesuai bagi melakukan prosedur tersebut.

Salman memperuntukkan dua tahun ini agar misi yang direncanakannya itu berjalan lancar. – KopiPlanet.com

 

Taja Biasiswa Pelajar, Jay Park Terima Penghargaan

Penyanyi K-Pop popular, Jay Park menerima plak penghargaan daripada pihak universiti dan pelajar di Seoul, Korea Selatan baru-baru ini di atas usaha murninya menaja pembelajaran beberapa pelajar institusi pengajian tinggi.

Jay Park telah melakukan kerja-kerja kebajikan itu sejak empat tahun lalu dengan memberikan biasiswa pendidikan kepada penuntut yang kurang berkemampuan dari serata Korea.

Biasiswa yang diberikan itu dikumpul menerusi pendapatan show Jay sepanjang melakukan persembahan di universiti seluruh negara Kimchi tersebut.

Selain menaja biasiswa pelajar universiti, Jay turut menyumbang dengan menderma beberapa jumlah wang kepada beberapa sekolah di Seoul untuk tujuan pembangunan sekolah yang terpilih itu. – KopiPlanet.com