• FOLLOW US
Cerita Artis, Hiburan

Awi Rafael Akur Dan Redha Masih Lagi Sendirian Sambut Ramadan

Penyanyi Awi Rafael akur dan redha dirinya masih lagi menyambut bulan Ramadan tanpa kehadiran seorang isteri di sisi ekoran pembatalan perkahwinannya dengan pelakon Atikah Suhaime pada Mac lalu.

Menurut penyanyi kelahiran Singapura itu, dugaan yang dilaluinya amat kecil jika dibandingkan dengan masalah besar yang mungkin dihadapi orang lain di luar sana.

“Alhamdulillah, saya akur dengan takdir saya, apa yang saya lalui ini sangat kecil jika hendak dibandingkan dengan masalah yang lebih besar yagn pernah dilalui orang lain.

“Saya ambil contoh, peminat saya yang menghidap kanser tulang, Mohd Shafuan Norazhar pernah merancang untuk berbuka puasa bersama saya, tetapi takdir Allah dia meninggal dunia sebelum sempat hasratnya ditunaikan dan saya bayangkan perasaan ibu bapanya, tentulah dugaan kehilangan anak itu lebih berat daripada apa yang saya lalui,” ujarnya.

Dia berkata demikian kepada KopiPlanet.com ketika ditemui pada majlis berbuka puasa dan pelancaran muzik video Seloka Hari Raya anjuran Warner Music Malaysia bertempat di Hotel Royal, Kuala Lumpur semalam.

Dalam pada itu, ketika ditanya mengenai hubungan antara dirinya dan bekas tunangnya itu, Awi memberitahu setakat ini hubungan mereka masih baik sebagai seorang rakan.

“Saya melihat Atikah masih lagi sihat dan menjalani kehidupan dengan positif. Saya gembira melihat keadaannya sekarang dan kami pun masih berkawan sehingga kini,” ujarnya.

Dalam majlis itu, pihak Warner turut meraikan 30 anak yatim dari Rumah Kasih Sayang, Rawang dengan memberikan sumbangan raya dan duit raya.

Perkahwinan Awi dan Atikah sepatutnya berlangsung pada 17 Mac lalu di Singapura, namun Awi mengumumkan pembatalan majlis tersebut beberapa hari sebelum itu disebabkan beberapa perkara yang tidak didedahkan kepada umum. – KopiPlanet.com

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Send this to a friend