• FOLLOW US
Cerita Artis, Hiburan

Awie Lega Disahkan Bebas Kanser, Doakan Yang Baik Buat Pihak Aniaya Dirinya

Penyanyi Datuk Awie melahirkan kesyukuran apabila disahkan bebas daripada penyakit kanser perut oleh doktor yang merawatnya, November tahun lalu.

Menurut Awie atau nama sebenarnya, Ahmad Azhar Osman pada mulanya doktor mengesyaki dia menghidap penyakit kanser berdasarkan pada penilaian awal.

“Mula-mula saya dapatkan rawatan apabila perut saya mula membesar serta kaki membengkak dan ketika itu doktor syak saya ada kanser.

“Doktor mulanya tidak mahu beritahu yang saya disyaki kanser tapi saya cakap dengan doktor kalau betul saya ada kanser, saya redha.

“Selepas penilaian itu, doktor kemudiannya hantar pula sample tersebut kepada makmal di Melbourne, Australia untuk dapatkan pendapat kedua dan hasil daripada situ, saya disahkan tidak menghidap kanser,” katanya kepada KopiPlanet.com.

Awie ditemui pada majlis sidang media Konsert Awie Romantika yang berlangsung di Flore Terrace, Kuala Lumpur hari ini.

Konsert sempena menyambut ulang tahun ke-25 kerjaya solo Awie dalam bidang seni itu bakal diadakan pada 15 Februari 2020 di Stadium Malawati, Shah Alam.

Sementara itu, Awie turut menjelaskan lebih lanjut dia lebih memahami tahap stamina dan kekuatan tubuh badannya dan pada ketika disyaki menghidap kanser, dia turut mendapatkan khidmat nasihat dan rawatan daripada pengamal perubatan tradisional.

“Kalau kita ada penyakit yang serius mesti stamina badan kita akan jatuh tapi saya tidak.

“Sebab itu, saya turut dapatkan rawatan daripada tiga pengamal perubatan tradisional berbeza dan kesemuanya mengatakan saya sakit disebabkan dianiaya seseorang dan ketiga-tiganya memberitahu nama orang yang sama.

“Pada pihak saya, saya cuma mendoakan yang baik-baik buat orang itu dan semoga mereka mendapat hidayah daripada Allah SWT,” ujarnya lagi.

Sementara itu, tiket Konsert Awie Romantika yang dianjurkan Atirox LTD dan IK Global Berhad dijual bermula dari harga RM88, RM128, RM188, RM238, RM308, RM438. – KopiPlanet.com

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Send this to a friend