• FOLLOW US
Cerita Artis, Hiburan

Ayda Jebat Enggan Ulas Dakwaan Putus Cinta Dengan Redza Rosli

Penyanyi dan pelakon Ayda Jebat enggan memberikan sebarang komen berhubung dakwaan yang mengatakan hubungannya dengan Redza Rosli sudah berakhir.

Menurut Ayda, selama ini hubungan dia dengan pelakon berkenaan tidak lebih daripada sekadar berkawan baik sahaja dan bersikap profesional dalam pekerjaan.

“Sejujurnya kami hanya berkawan baik dan tiada istilah putus cinta pun sebenarnya. Yang penting, saya cuba bersikap profesional serta akan bekerja dalam cara yang baik dan rasanya begitu juga dengan dirinya. Bagi saya, Tuhan dah tunjukkan sebegitu.

“Tidak ada penafian terhadap apa yang berlaku, sekiranya ada. Saya juga tidak menidakkan atau mengiyakan. Malah, sebelum ini pun kami memang profesional cuma mungkin pada ketika itu hubungan kami diperkatakan kerana sering dilihat bersama,” kata Ayda

Ayda berkata demikian ketika ditemui pada majlis pelancaran produk kosmetik, Aurawhite Sparkle Diamond Collagen Travel Pack di Hotel Palace of the Golden Horses, Seri Kembangan, semalam.

Menurut pemilik nama lengkap Nur Suhada Jebat ini, dia tidak mahu memberi komen panjang berhubung isu tersebut kerana perlu menjaga hati banyak pihak.

“Sejujurnya memang ada beberapa pihak yang saya perlu jaga hati mereka. Bukan sahaja diri saya, malahan di pihak sebelah sana juga.

“Pada masa sama, kami juga sudah bersetuju untuk tidak memberikan apa-apa kenyataan. Rasanya itu adalah pendekatan yang terbaik,” ulas Ayda.

Dalam pada itu, Ayda juga melahirkan perasaan terkejut apabila ada pihak yang cuba mengaitkan hubungannya mulai renggang berpunca dari seorang pelakon wanita lain iaitu Oktovia Manrose.

“Sebenarnya saya juga terkejut apabila ada yang mengaitkan namanya. Rasanya tidak perlu nak kaitkan perkara ini dengan orang lain,” katanya.

Ayda, 27, dan Redza, 27, sebelum ini hangat dikatakan bercinta selepas digandingkan menerusi drama Ku Kirim Cinta yang ditayangkan dua tahun lalu.

Namun, hubungan rapat mereka dikatakan berantakan selepas Ayda dipercayai telah memadam kesemua gambar aktor itu yang pernah dimuat naik menerusi laman Instagramnya sebelum ini selain tidak lagi mengikuti Instagram Redza. – KopiPlanet.com

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Send this to a friend