
Band Omera Optimis Pilih Wayangan Sebagai Single Pengenalan
Baharu sahaja ditubuhkan sejak Ogos tahun lalu, band Omera optimis menakluk industri hiburan dengan memperkenalkan single sulung mereka berjudul Wayangan.
Omera dianggotai empat ahli yang terdiri daripada Amin selaku vokalis, Amie (pemain bass), Azim (pemain dram) dan Wan sebagai pemain gitar.
Menurut Wan, 36, pemilihan nama Omera adalah tepat bagi menggambarkan ahli kumpulan itu yang memiliki personaliti penuh inspirasi dan positif.
Mempertaruhkan Wayangan sebagai single pengenalan, lagu itu dihasilkan oleh Dr Soul dan diterbitkan Goodsound Music Publishing Sdn Bhd.
Muzik video Wayangan kini sudah boleh ditonton menerusi laman Youtube sejak ia mula dilancarkan pada bulan April lalu.
Yang menariknya, Omera merupakan selebriti tempatan pertama yang diberi peluang untuk menggunakan roof top pusat membeli-belah Pavilion, Kuala Lumpur bagi tujuan untuk merakamkan muzik video Wayangan. – KopiPlanet.com