• FOLLOW US
Cerita Artis, Hiburan

Bapa Aizat Amdan Meninggal Dunia Akibat Penyakit Angin Ahmar

Penyanyi dan komposer Aizat Amdan mengesahkan bapanya, Datuk Amdan Mat Din, 62, meninggal dunia akibat penyakit angin ahmar pada Rabu.

Berita sedih itu dikongsikan Aizat, 30, menerusi paparan InstaStory di Instagram miliknya.

“Dukacitanya dimaklumkan, ayah saya Amdan Hj Mat Din telah kembali ke Rahmatullah pada pukul 1.10 pagi tadi, 9 Januari 2019 bersamaan 3 Jamadilawal 1440.

Menurut penyanyi lagu Hingga Akhir Tua itu, jenazah bapanya akan diuruskan di Masjid Kampung Melayu Ampang dan akan dikebumikan selepas solat Zohor.

Bapa Aizat diserang strok sejak Oktober 2017 pada bahagian otak kiri sehingga menyebabkan sebelah kanan badannya lumpuh.

Rakan artis seperti Datuk Seri Siti Nurhaliza turut merakamkan ucapan takziah buat Aizat dan mendoakan semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan hambaNya yang beriman. – KopiPlanet.com

Kredit: Instagram Aizat Amdan

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Send this to a friend