• FOLLOW US
Antarabangsa, Hollywood

Bapa Britney Spears Dibebaskan Daripada Tuduhan Cederakan Cucu

Bapa Britney Spears, Jamie Spears tidak akan dikenakan sebarang dakwaan jenayah seperti yang difailkan oleh bekas menantunya, Kevin Federline.

Jamie didakwa mencederakan anak sulung Britney, Sean Federline, 14. Pejabat Peguam Daerah Ventura County difahamkan tidak meneruskan perbicaraan berhubung tuduhan tersebut. Pihak mahkamah berkata perkara itu dilakukan selepas meneliti kesemua bukti yang menunjukkan Jamie tidak terlibat dalam pertuduhan tersebut.

Kevin membuat laporan polis pada dua minggu lalu mendakwa bekas bapa mertuanya itu telah mencederakan anak sulungnya ketika anaknya meluangkan masa di rumah Jamie.

Susulan dakwaan itu, arahan sekatan Jamie daripada mendekati kedua-dua cucunya iaitu Sean dan Jayden telah diluluskan oleh pihak polis seperti yang dituntut Kevin.

Selepas mendengar perkhabaran tersebut, satu sumber terdekat dengan Britney mendedahkan penyanyi itu terlalu kecewa dengan tindakan bapanya dan terus membawa keluar anak-anaknya daripada rumah Jamie.

“Britney tidak pernah menyuruh Jamie untuk melayan dan mendisplinkan anak-anaknya dengan cara itu (kasar),” dedah sumber tersebut.

Britney dan Kevin berkahwin pada 6 Oktober 2004 namun disahkan bercerai pada 30 Julai 2007. – KopiPlanet.com

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Send this to a friend