Cerita ArtisHiburan

Bawa Genre Pop Alternatif, TOSS Pertaruh Single Pencipta Rasa

Walaupun setiap ahli kumpulan Tale Of Six Soulmate (TOSS) sudah mempunyai pekerjaan tetap namun demi minat mendalam terhadap bidang muzik, TOSS meneruskan impian mereka.

Dianggotai oleh mereka yang sudah bekerjaya tetap dalam Perkhidmatan Awam, TOSS dianggotai oleh Athul selaku vokalis, Boy (keyboard), JM (bass), Pudin (gitar utama), Zali (gitar kedua) dan Yazid (drum).

Berpangkalan di Johor Bahru, TOSS sering menghabiskan masa bersama untuk menikmati muzik dengan cara tersendiri. Walaupun ada kala kekangan masa menjadi halangan, kali ini masing-masing mengorak langkah mahu lagu tersebut sampai ke telinga penikmat muzik.

Tampil dengan single pertama, Pencipta Rasa yang merupakan hasil ciptaan sepenuhnya Zali membawakan genre pop alternatif.

Kini band badan beruniform ini bernaung di bawah label Sheikh Qalam Records Sdn Bhd. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button