• FOLLOW US
Cerita Artis, Hiburan

Bergelut Masalah Kesihatan Mental, Fariz Jabba Titipkan Dalam Single Baru

Fariz Jabba buat pertama kalinya berkongsi kisah peribadi beliau dalam bergelut dengan masalah kesihatan mental. Penyanyi rap tersebut berharap melalui kisahnya dalam Nak Tak Nak, mereka yang turut mengalami nasib yang sama akan berasa tidak dipinggirkan bahkan lebih berani untuk tampil ke depan dan tidak malu untuk meminta bantuan.

Perubahan ini seiringan dengan hala tuju Video Lirik Rasmi lagu tersebut, yang memaparkan kisah hidup Fariz sepanjang dua tahun lalu. Berlatarbelakangkan perjalanan seninya, Fariz Jabba mengajak pendengar menyelami perasaannya yang bergolak dua tahun dahulu dengan yang sekarang melalui single yang dipersembahkan.

“Nak Tak Nak merupakan segalanya buat saya. Saya mula mengarang lagu ini pada tahun 2018 dan ia merupakan sebentuk memori perjalanan kerjaya saya sebagai seorang artis setakat ni. Semenjak kita diwajibkan untuk kuarantin, situasi ini menguji kekuatan mental dan emosi saya.

“Sampai pada satu tahap di mana saya berasa amat sukar untuk kekal positif. Salah satu cara saya mengelak daripada perasaan dan fikiran negatif adalah dengan sentiasa menjaga pertalian kekeluargaan. Jangan khuatir untuk meminta bantuan daripada orang lain supaya kekal tabah untuk maju kehadapan.

Nak Tak Nak boleh didengari melalui penstriman atas talian seperti Spotify, Apple Music, JOOX, YouTube Music, dan KKBox sejak 26 Jun lalu. – KopiPlanet.com

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Send this to a friend