• FOLLOW US
Kongsi

Berhadapan Ujian Hebat, Ibu Hanim Bangkit Jadi Pembimbing Usahawan

Pernah melalui ujian yang sangat getir apabila kehilangan anak sulung serta terlibat dalam kemalangan jalan raya sehingga lumpuh seketika, ia bukan satu penghalang buat Datuk Faridah Hanim Haron untuk bangkit menjadi seorang pembimbing kepada para usahawan untuk berjaya.

Lebih mesra dipanggil Ibu Hanim, Presiden Annems Leadership Solution dan Annems International Sdn. Bhd. itu berkata, biarpun masih lagi menanggung kesakitan sehingga kini lantaran kemalangan yang berlaku 20 tahun lalu, ia bukan satu penghalang buat dirinya untuk berkongsi segala pengalaman kepada mereka yang mahu mengecap kejayaan dalam dunia perniagaan.

“Saya pernah disahkan lumpuh dan doktor pula mengatakan saya tiada peluang untuk sembuh. Namun, saya kuatkan semangat untuk kembali pulih dan akhirnya saya mampu berjalan setahun kemudian.

“Segala yang terjadi saya anggap sebagai ujian daripada Allah untuk menjadikan saya seorang yang kuat dan tidak sesekali harus berputus asa. Bagi saya, setiap cabaran yang ditempuhi ini akan memberi laluan yang berbeza dalam kehidupan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui semasa acara Malam Aspirasi Pejuang (MAP) untuk meraikan 56 syarikat yang telah berjaya menamatkan program Business Sustainability Solution (BSS) baru-baru ini.

Kini, menerusi Annems Leadership Solution, beliau bangkit menjadi seorang pembimbing yang membantu usahawan tempatan menyusun semula organisasi syarikat dengan mengikut hala tuju yang sewajarnya menerusi kursus selama sembilan bulan.

Bimbingan yang dibuat ini adalah berdasarkan segala pengalaman yang beliau ada selama hampir 20 tahun di syarikat yang bertaraf Fortune 500 melaksanakan inisiatif-inisiatif yang terbukti mampu membuat mana-mana syarikat bertahan lama.

“Menerusi program BSS ini, saya akan kongsikan segala pengalaman dan ilmu yang ada sepanjang berada di sektor korporat. Saya sedar bahawa anak bangsa kita bijak dalam perniagaan dan apa yang diperlukan mereka adalah bimbingan dan perkongsian ilmu untuk maju.

“Saya memilih inisiatif adalah atas dasar tanggungjawab dan mahu semua pihak bersikap proaktif untuk bangkit dalam mengharungi keadaan ekonomi yang semakin mencabar,” jelasnya.

BSS bermula pada tahun 2017 dengan sebanyak 25 syarikat akan menyertai program berkenaan setiap batch. Sehingga kini BSS sudah berada di batch ketujuh dengan penyertaan hampir 200 syarikat. – KopiPlanet.com

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Send this to a friend