• FOLLOW US
Cerita Artis, Hiburan

“Berhenti Kata Yang Saya Halau Dari Rumah” – Bella Astillah

Kontroversi melibatkan rumah tangga pasangan Aliff Aziz dan Bella Astillah sentiasa mendapat perhatian ramai selepas aktor dan penyanyi itu dikatakan curang buat kali kedua, baru-baru ini.

Terbaharu, Bella ada memuat naik di Instagram Story meminta seorang individu (dipercayai suaminya) untuk berhenti menyebarkan cerita kononnya dihalau dari rumah.

“Saya hanya nak beritahu berhenti beritahu orang yang saya halau. Saya dibesarkan dengan baik oleh kedua orang tua saya, dia orang ajar saya adab.

“Tepuk dada tanya selera, orang berbudi kita berbahasa, keluarga anda tahu yang saya tidak halau pun,” tulisnya.

Sementara itu menerusi pemerhatian di Instagram Aliff Aziz, selebriti kelahiran Singapura itu dilihat telah memadamkan gambar isterinya itu di laman sosial miliknya.

Aliff dan Bella bernikah pada 9 September 2016 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Mohamad Ayden Adrean, 2. – KopiPlanet.com

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Send this to a friend