• FOLLOW US
Cerita Artis, Hiburan

Berlaku Pergolakan, Sam Bunkface Akui Krisis Dengan Isteri

Vokalis kumpulan Bunkface, Shamsul Anuar Mohd Baharom, 32, atau Sam mengakui hubungannya dengan isteri mengalami sedikit pergolakan namun menegaskan mereka masih lagi tinggal sebumbung.

Desas-desus rumah tangga mereka dikatakan berantakan gara-gara tindakannya yang tidak lagi berkongsikan foto isteri, Aida Azira Husin di laman sosial Instagram miliknya.

“Kami memang ada isu sedikit tapi kami masih lagi tinggal bersama. Biasalah asam garam dalam rumah tangga. Masalah kami bukan disebabkan kehadiran orang ketiga.

“Perkahwinan kami pun dah masuk tahun keempat, biasalah fasa-fasa begini,” katanya kepada KopiPlanet.com ketika ditemui pada majlis sidang media Great Amal Fest 2019 yang berlangsung di Warner Music Malaysia, Mutiara Damansara baru-baru ini.

Mengulas mengenai tindakannya yang tidak memasukkan gambar bersama isteri di IG miliknya, Sam menjelaskan dia memang sengaja enggan memuat naik foto isteri dan anaknya, Maleeq di media sosial.

“Sekarang saya tidak mahu memuat naik foto anak dan isteri di laman Instagram, sebaliknya saya mahu gunakan platform itu untuk post pasal kerjaya sahaja,” ujarnya lagi.

Sam berkahwin dengan Aida yang merupakan kakitangan Media Prima pada 25 April 2015 dan dikurniakan seorang anak lelaki, Maleeq, 3. – KopiPlanet.com

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Send this to a friend