AntarabangsaHollywood

Bina Tembok Di Rumah, Ed Sheeran Bengang Dengan Wartawan

Penyanyi Ed Sheeran melahirkan perasaan bengang dengan satu artikel yang dikeluarkan tabloid The Sun yang mendakwanya sengaja membina tembok di sekeliling kediamannya bagi mengelak daripada diganggu oleh gelandangan.

Menjelaskan laporan tabloid itu, Ed telah memuat naik nama wartawan yang menulis berita itu di laman Instagramnya sekali gus menerangkan perkara sebenar kenapa dia membina tembok terbabit.

“Kepada Natalie Edwards daripada surat khabar The Sun. Artikel anda tidak masuk akal. Sebelum ini saya sudah banyak terlibat dengan aktiviti membantu gelandangan dan saya tidak akan sewenang-wenangnya membina tembok di kediaman dengan sebab untuk menghalau mereka berada di hadapan rumah saya.

“Alasan kenapa saya buat tembok itu adalah kerana untuk mengelakkan daripada diganggu wartawan-wartawan seperti kamu. Semoga hari anda indah,” tulisnya.

Wakil penyanyi itu turut menjelaskan yang Ed langsung tidak pernah mengeluarkan apa-apa kenyataan seperti yang dilaporkan The Sun.

Ed juga mengatakan dia tidak mempunyai masalah langsung dengan golongan gelandangan memandangkan dia pernah mengalami situasi yang sama ketika sedang mencipta nama sebagai penyanyi dan komposer terkenal. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button