• FOLLOW US
Antarabangsa, Hollywood

Brad Pitt Didakwa Main Cinta Dengan Heroin Filem Baru

Pelakon Brad Pitt, 55, kini didakwa sedang bermain cinta dengan heroin filem terbaharunya, Margaret Qualley.

Brad dan Margaret, 23, digandingkan menerusi filem Once Upon A Time yang masih lagi dalam proses penggambaran.

Dakwaan itu timbul apabila aktor itu dilihat sering kali memeluk Margaret ketika mereka sedang berehat daripada melakonka babak masing-masing.

Walau bagaimanapun sehingga kini, wakil jurucakap Brad masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan bagi menjawab perkara tersebut.

Brad sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dengan pelakon Jennifer Aniston dan Angelina Jolie.

Hasil perkongsian hidup dengan Angelina, Brad mempunyai tiga cahaya mata iaitu Shiloh, 12, dan pasangan kembar, Knox dan Vivienne, 10 tahun. Pasangan itu turut mengambil tiga anak angkat dari pelbagai negara, iaitu Maddox, 17, Pax, 15, dan Zahara, 13 tahun. – KopiPlanet.com

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Send this to a friend