AntarabangsaKpop

BTS & Blackpink Tercalon E! People’s Choice Awards 2019

Kumpulan K-pop yang berjaya mencipta fenomena di seluruh dunia, BTS dan Blackpink tercalon dalam majlis anugerah anjuran saluran televisyen E!, E! People’s Choice Awards 2019.

Kedua-dua kumpulan itu tercalon dalam tiga kategori iaitu Group of 2019, Music Video of 2019 dan Concert Tour of 2019.

Anugerah tahunan yang dianjurkan E! ini mengiktiraf selebriti popular sepanjang tahun mengikut kategori masing-masing.

Pemenang ditentukan menerusi undian daripada peminat menerusi 43 kategori yang dipertandingkan termasuk filem, siri tv, music dan media sosial.

Antara selebriti yang mendapat pencalonan terbanyak ialah Jonas Brothers, Imagine Dragons dan Ariana Grande.

E! People’s Choice Awards 2019 akan diadakan pada 11 November ini di Barker Hangar, California, Amerika Syarikat. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button