• FOLLOW US
Cerita Artis, Hiburan

“Bukan Video Mandi, Hanya Tunjuk Kehebatan Produk Syampu” – Raja Ilya

Pelakon Raja Ilya menegaskan dia bukan sengaja mencari perhatian dengan memuat naik sebuah video di dalam bilik mandi sehingga mencetuskan kontroversi di kalangan netizen baru-baru ini.

Menurut Ilya atau nama sebenarnya Raja Ramilah Begum Raja Mohammad, 35, video itu dibikin sebagai salah satu daripada caranya untuk mempromosikan jenama syampu kliennya menerusi Instagram review.

“Kalau itu video mandi, orang tak pakai baju masa mandi. Sudah tentunya itu bukan video mandi, itu adalah video untuk promote syampu. Memang saya tahu akan ada orang komen dan saya dah bersedia untuk terima kecaman.

“Tujuan utama saya buat video itu adalah untuk tunjuk bagus produk tersebut malah isi kandungan video itu juga merupakan gabungan idea saya dan suami,” katanya.

Raja Ilya berkata demikian kepada ketika ditemui pada malam gala filem KL Vampires yang berlangsung di MM2 Cineplexes, Mutiara Damansara semalam.

Ilya turut menambah, dia sengaja membuat kelainan dalam video itu bagi memberikan pulangan kepada klien yang telah melabur sejumlah wang untuknya mempromosikan produk mereka.

“Setakat promote belilah produk syampu ini, ia kedengaran lame (bosan) pula. Klien kena sampai target dia sendiri dan ia tiada point mereka bayar saya beribu ringgit tapi tak dapat pulangan. Jadi, apa yang saya boleh buat ialah buat sesuatu kandungan lain daripada yang lain.

“Setiap kali saya nak buat promo, saya minta juga idea daripada suami. Lepas itu dia tanya macam mana penerimaan peminat di sini dengan video sebegitu dan saya terus terang cakap dengan dia 50 peratus akan kecam dan selebihnya pasti akan kecam.

“Saya cakap dengan dia saya okay dengan kecaman sebab apa sahaja yang kita buat pasti akan dikritik. Idea itu boleh jalan, kalau orang nak kecam, its okay,” jelasnya lagi.

Menurut Ilya lagi, dia tidak pernah bercerita lebih lanjut kepada suaminya, Trent Garrett mengenai komen keterlaluan yang dilemparkan netizen.

Jelasnya, ini kerana dia enggan suaminya itu memberikan sebarang tanggapan yang negatif mengenai masyarakat Malaysia.

“Suami saya ini dia seorang yang positif dana mana-mana komen yang melampau saya tidak bercerita dengan dia sebab tak nak dia ada persepsi buruk tentang orang Malaysia,” ujarnya.

Sementara itu, Ilya menyatakan keterujaannya apabila filem KL Vampires akhirnya ditayangkan setelah tiga tahun filem itu disiapkan.

“Saya gembira KL Vampires akhirnya ditayangkan dan ia satu pengalaman yang menarik apabila dapat bekerjasama dengan ramai pelakon-pelakon hebat termasuk pelakon aksi dari Indonesia, Donny Alamsyah.

“Saya harap peminat boleh datang tengok dan sokong KL Vampires kerana jarang-jarang sekali filem bergenre fantasi sebegini dihasilkan di Malaysia,” katanya lagi.

KL Vampires yang diarahkan Daven R. turut dibintangi Josiah Hogan, Aeril Zafrel, Reen Rahim, Saiful Apek, Pablo Amirul dan Donny Alamsyah.

Filem terbitan Cinemaya Studios Sdn. Bhd itu akan ditayangkan di 60 pawagam seluruh negara bermula 14 November ini. – KopiPlanet.com

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Send this to a friend