AntarabangsaHollywood

Pelakon Channing Tatum Dikatakan Bercinta Dengan Jessie J

Pelakon Channing Tatum, 38, kini dikatakan sedang menjalinkan percintaan dengan penyanyi Jessie J.

Hubungan mereka turut diakui oleh sumber terdekat pasangan itu memetik laporan US Weekly.

Channing kembali solo selepas bercerai dengan bekas isterinya, aktres Jenna Dewan pada April lalu.

Channing baru-baru ini dikatakan menghadiri dua konsert jelajah Jessie, 30, di Seattle dan Salt Lake City bagi memberikan sokongan moral buat teman wanitanya itu.

Malah, pasangan ini turut dilihat melaungkan masa beriadah di sebuah kelab golf di Seattle sejurus sebelum konsert berlangsung.

Walaupun bagaimanapun, kedua-dua wakil jurucakap mereka masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan bagi menjawab dakwaan tersebut.

Aktor filem Magic Mike itu dikatakan berkenalan dengan penyanyi tersebut ketika Jessie ditugaskan sebagai penyampai trofi kepada kategori yang dimenangi Channing.

Hasil perkahwinan terdahulu, Channing mempunyai seorang anak perempuan, Everly yang kini berusia lima tahun. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button