AntarabangsaHollywood

Cheryl Nafi Putus Cinta Dengan Bekas Ahli One Direction

Penyanyi Cheryl menafikan khabar angin mendakwa dia sudah berpisah dengan teman lelakinya, Liam Payne.

Hubungan mereka dikatakan berantakan baru-baru ini memetik sumber tabloid The Sun.

Cheryl, 35, dan Liam yang juga merupakan bekas ahli kumpulan One Direction mula berpacaran sejak Februari 2016 dan hasil hubungan mereka mempunyai seorang anak lelaki, Bear yang kini berusia setahun.

Sebelum ini, Cheryl dikatakan pernah menolak lamaran perkahwinan Liam, 25, yang dibuat selepas dia selamat melahirkan anak mereka.

Jarak usia yang jauh di antara mereka juga dikatakan antara punca kedua-duanya dikatakan tidak serasi bersama.

Namun, semua spekulasi itu telah dijawab Cheryl bahawa mereka masih lagi pasangan kekasih dan menyayangi di antara satu sama lain.

“Gosip itu sama sekali tidak menganggu saya sebab sekarang saya lebih memberi tumpuan kepada yayasan kebajikan milik saya yang baharu ditubuhkan minggu ini,” katanya.

Selepas tujuh tahun memberikan idea akhirnya Cheryl berjaya menubuhkan badan kebajikan, Cheryl’s Trust Centre yang dibuka di Newcastle, United Kingdom. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button