Cerita ArtisHiburan

Cristina Suzanne Tak Merajuk, Kini Sibuk Urus Bisnes Keluarga

Pelakon Cristina Suzanne memberitahu dia bukannya merajuk dengan industri seni sebaliknya kini lebih selesa membantu perniagaan keluarganya di Kuantan, Pahang sejak setahun lalu.

Aktres kacukan Melayu-Jerman ini berkata dia kini kerap kali berulang-alik dari Kuala Lumpur ke Kuantan sekiranya mempunyai tawaran lakonan di ibu kota. Di Kuantan, Cristina membantu keluarganya menjalankan perniagaan katering secara kecil-kecilan.

Kali terakhir Cristina atau nama sebenarnya, Cristina Suzanne Stockstill, 33, muncul di layar perak adalah menerusi filem 7ujuh yang disiarkan dua tahun lalu.

“Saya tak merajuk pun dengan industri sebaliknya sekarang banyak menghabiskan masa di Kuantan, tolong perniagaan keluarga saya.

“Ia menyeronokkan kerana selain dapat dekat dengan keluarga, dapat juga saya belajar bidang perniagaan dan bantu apa yang patut,” katanya kepada KopiPlanet.com ketika ditemui pada Malam Gala filem Surf This Love: Gelora Juara di MM Cineplexes, Damansara baru-baru ini.

Menerusi filem itu, Cristina membawakan watak sebagai seorang blogger bernama Mia. Filem itu turut dibintangi Shukri Yahaya, Pekin Ibrahim dan Josiah Hogan.

Menceritakan lebih lanjut mengenai kehilangannya itu, Cristina berkata sikapnya yang kurang gemar mengemas kini akaun media sosialnya juga mungkin menambahkan lagi spekulasi yang dia sudah lesap dari industri.

“Saya memang tidak suka untuk sentiasa memuat naik dan mengemas kini akaun sosial. Itu bukan saya, sebabnya saya lebih suka duduk di rumah buat kerja sendiri daripada nak sentiasa update segala perkembangan di media sosial.

“Walaupun kurang publisiti tetapi rezeki dalam bidang lakonan masih ada malah saya akan memasuki set sebuah drama bersiri 28 episod dalam minggu ini,” ujarnya lagi.

Filem terbaharu lakonan Cristina itu akan mula ditayangkan di pawagam seluruh negara bermula Khamis ini. – KopiPlanet.com

Kredit foto:  Instagram Cristina Suzanne

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button