
Dah Lama Pendam, Nabila Huda Mengamuk Dengan Ibu Tiri?
Pelakon Nabila Huda mengejutkan peminatnya dengan membuat beberapa siri luahan hati di Instagram Stories malam semalam.
Menerusi pendedahannya itu, Nabila berkata dia sudah lama menyimpan kedukaan sejak bapanya, Amy Search mendirikan rumah tangga dengan ibu tirinya, Norhasniza Hassan atau lebih dikenali sebagai Norish.
“Kau ini memang dari hari pertama aku kenal kau, memang kau perosak hubungan keluarga aku. Aku rasa kau dah melampaui batas ni. Nak cerita benda lama eh?
“Aku dah lama ni simpan perangai kau, macam mana kau seksa hidup aku yang aku diam dari aku muda sampai sekarang.
“Kau memang ada sahaja drama kau create untuk buat aku nampak jahat di mata semua orang.
“Kalau kau isteri yang baik, kau akan cuba eratkan hubungan aku dengan bapa aku. Tapi kau hanya tahu menyampai berita buruk,” tulis Nabila.
Sebelum ini memang diketahui Nabila pernah berselisih faham dengan bapanya ketika sebelum dia mendirikan rumah tangga dengan suami kedua.
Amy dilihat lantang mengkritik tindakan Nabila yang bercuti bersama kekasihnya pada ketika itu di luar negara.
Dalam luahan itu juga, Nabila mendedahkan dia sudah tiga tahun tidak beraya bersama bapanya disebabkan perangai ibu tiri yang sering kali memburuk-burukkan dirinya.
Malah, aktres berbakat bersar itu juga mendakwa ibu tirinya pernah membuat percubaan cuba memisahkan dirinya dengan anak tunggalnya, Keisha Laila.
Selain itu, Nabila turut berkongsi cerita dia pernah dihalau ibu tirinya sehingga menyebabkannya terpaksa menumpang tidur di rumah orang lain.
Amy dan Norish yang berkahwin pada 2003 mempunyai tiga cahaya mata iaitu Alexander Zulkarnain, 14, Sania Samara, 13, dan Qaqa At-Tameemi, 9 tahun.
Amy turut mempunyai dua lagi anak iaitu Nabila Huda, 34, hasil perkahwinan pertama dengan Faridah Fadzil dan Irisha Myra, 21, perkahwinan ketiganya dengan Roslisa Ahmad. – KopiPlanet.com
Kredit foto: Instagram Nabila Huda














