Cerita ArtisHiburan

Datuk Yusof Haslam Dimasukkan Ke Hospital

Pemilik syarikat Skop Production Sdn. Bhd., Datuk Yusof Haslam telah dimasukkan ke hospital KPJ Tawakkal pada tengah hari tadi.

Yusof yang dihubungi memberitahu, beliau dimasukkan ke hospital setelah mengalami muntah-muntah serta sakit perut dan kini sedang ditahan di wad hospital.

“Saya muntah-muntah… tengah rehat ni di Tawakkal… sakit perut…” ujar beliau ketika dihubungi KopiPlanet.com menerusi aplikasi What’s App.

Antara rakan-rakan artis yang sempat datang melawat di hospital.

Sementara itu, menurut sumber terdekat penerbit dan pengarah terkenal berkenaan, beliau dikatakan mengalami muntah-muntah ketika berada di pejabat.

“Datuk Yusof mengalami muntah-muntah sebanyak dua kali, kemudian dia terus ke hospital. Doktor syak beliau mengalami keracunan makanan,” jelas sumber berkenaan. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button