• FOLLOW US
Cerita Artis, Hiburan

“Dengan Kekasih Baharu Sefhia Dapat Rasa Kasih Seorang Bapa” – Elly Mazlein

Semua sedia maklum kisah rumah tangga penyanyi dan pelakon Elly Mazlein yang berantakan sejak dua tahun lalu. Sejak dari itu, Elly mengambil tugas menjaga anak tunggalnya, Putri Sara Sefhia yang kini berusia dua tahun.

Terkini, Elly dikhabarkan sedang menjalinkan hubungan intim dengan seorang jejaka yang sehingga kini tidak didedahkan identitinya oleh pelantun lagu Usah Ditambah Bara Yang Tersimpan itu.

Menurut Elly, dengan kehadiran lelaki itu dalam hidupnya, Sefhia kini dapat merasai kasih sayang seorang bapa seperti mana kanak-kanak lain yang seusia dengannya.

“Sefhia sangat menyayangi ‘teman’ baharu saya yang dia panggil papa. Apa yang boleh saya cakap, kami berkawan dan kalau Sefhia selesa dan saya pun serasi bersamanya, InsyaAllah (akan bawa ke fasa baharu). Dia pun tahu kisah saya, semua orang pun tahu.

“Apa yang saya tengok dia suka budak-budak dan amat menyayangi Sefhia. Anak saya pun hari-hari akan bertanya di mana papa dia. Dengan dia, Sefhia baru dapat rasa kasih sayang seorang bapa. Hati saya berbunga bila tengok dia rapat dengan anak saya sebab yang penting bagi saya adalah untuk membahagiakan Sefhia,” katanya kepada KopiPlanet.com.

Elly ditemui pada malam Anugerah Skrin 2018 yang berlangsung di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur baru-baru ini.

Sementara itu, Elly yang kini semakin mendapat banyak tawaran lakonan berkata dia tidak kisah untuk memegang watak antagonis demi kelangsungan hidup.

“Saya memang tidak kisah untuk melakonkan watak jahat, asalkan dapat bayar bil. Saya kena kuat bekerja sebab anak pun akan masuk sekolah tahun depan.

“Sekarang anak semakin besar, saya nak beri yang terbaik untuk dia. Sefhia pun memang nak sekolah dan saya pun memang nak dia ke sekolah untuk perkembangan otak dia,” katanya. – KopiPlanet.com

Kredit foto: Instagram Elly Mazlein

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Send this to a friend