• FOLLOW US
Cerita Artis, Hiburan

Eina Azman Bengang Dituduh Buat Pembelian Panik Sampai 6 Troli

Pelakon Datin Paduka Eina Azman bengang dengan tuduhan seorang netizen yang mempertikaikannya membeli barang keperluan sehingga penuh enam troli.

Menurut Eina, sebelum ini dia memang membeli barang keperluan asas dalam kuantiti yang sama memandangkan dia membeli untuk tiga buah rumah iaitu keluarganya, ibunya serta adik iparnya.

“Pertama sekali, saya memang beli enam troli (barang keperluan harian), sebab saya beli untuk tiga buah rumah iaitu diri saya, mak saya dan untuk adik ipar saya yang berkeluarga besar. Jadi apa masalahnya?

“Saya tidak fikir orang? Kalau saya tak fikir orang, saya takkan bagi bantuan makanan untuk 100 buah rumah sebelum kuarantin haritu. Maaf bukan nak riak atau apa,” tulisnya di laman Instagram.

Kenyataan Eina turut disokong rakan selebriti lain seperti Fasha Sandha, Datin Elvina, Mohamad, Nad Zainal dan Hanez Suraya yang meminta netizen jangan cepat menuduh serta jangan terlalu menjaga tepi kain orang.

Eina yang merupakan ibu kepada sepasang kembar, Aubrey dan Karl dikenali sebagai selebriti yang rajin memasak selain gemar berkongsikan video masakannya di Instagram. – KopiPlanet.com

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Send this to a friend