• FOLLOW US
Cerita Artis, Hiburan

Elizad Doa Dikurniakan Sekurang-Kurangnya Seorang Cahaya Mata

Genap empat tahun melayari bahtera perkahwinan, pelakon Elizad Sharifuddin tidak menyembunyikan hasratnya yang ingin menimang cahaya mata dalam masa terdekat sekiranya diizinkan Allah SWT.

Menerusi laman Instagramnya, Elizad, 35, yang kini sedang mengerjakan umrah bersama suami dan ahli keluarga yang lain menitipkan doa agar dia diberikan rezeki untuk bergelar seorang ibu.

“Wahai Tuhanku, kurniakanlah kepadaku dari sisi-Mu zuriat dan keturunan yang baik. Sesungguhnya Engkau sentiasa mendengar doa permohonan daripada hamba-Mu.

“Doakan kami punyai zuriat yang sihat, cantik dan sempurna ya semua, dapat seorang pun dah memadai sangat-sangat. Saya juga mendoakan buat para isteri seperti saya. Moga punya rezeki buat kita semua,” tulis Elizad.

Untuk rekod, Elizad mendirikan rumah tangga dengan Shamsul Baharin Rahman pada 11 Januari 2015 di Masjid Wilayah, Kuala Lumpur. – KopiPlanet.com

Kredit foto: Instagram Elizad

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Send this to a friend