• FOLLOW US
Cerita Artis, Hiburan

Elly Mazlein Terharu Bakal Suami & Mertua Nak Buat Majlis Merisik

Pelakon dan penyanyi Elly Mazlein mendedahkan dia bakal mengadakan lima majlis bagi meraikan hari bahagianya yang bakal kunjung tiba tidak lama lagi.

Disebabkan tidak pernah merasai majlis merisik sebelum ini, bakal suami dan mertua Elly berhasrat mengadakan majlis tersebut bagi memberikan Elly merasai pengalaman adat Melayu itu.

“Saya buat majlis merisik sebenarnya untuk keluarga, saya berterima kasih kepada bakal suami dan dan mertua sebab mereka yang nak adakan majlis merisik untuk saya kerana saya tak pernah merasa sebelum ini.

“Saya tak minta untuk mereka adakan majlis merisik tetapi mereka tetap nak buat, jadi saya terharu sangat,” katanya kepada KopiPlanet.com.

Elly ditemui pada majlis pengumuman hos dan barisan penyampai trofi Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-32 yang diadakan di Bangsar, semalam.

Menurut Elly, dia dan bakal suami sudah merancang sebanyak lima majlis iaitu majlis merisik, sidang media, majlis sambut menantu, majlis tunang dan malam berinai yang dijangka dalam masa terdekat ini.

Elly kini berhubungan dengan seorang jejaka berusia 28 tahun yang berasal dari Kelantan.

“Sebenarnya, saya tak sabar nak tunggu majlis ini. Semua sekali ada lima majlis ‘back to back’, kali ini saya akan buat majlis merisik, majlis sambut menantu, bertunang, malam berinai dan juga saya akan menjemput semua pihak media yang selama ini tidak jemu-jemu memberikan sokongan terhadap kerjaya seni saya,” ujarnya lagi.

Elly juga mendedahkan dia akan mengikat tali pertunangan selama sebulan sebelum mendirikan rumah tangga dengan jejaka pilihan hatinya itu.

Elly, 39, sebelum ini pernah berkahwin dengan pengarah drama Azmi Hatta pada 9 November 2014 namun jodoh tidak bertahan lama apabila mereka disahkan bercerai pada 15 Oktober 2015. Hasil perkahwinan, Elly dikurniakan seorang cahaya mata, Putri Sara Sefhia, 3. – KopiPlanet.com

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Send this to a friend