Cerita ArtisHiburan

Empat Tahun Mencuba, Nama Meerqeen Kini Semakin Menyerlah

Biarpun sekadar menduduki tempat ketiga dalam pertandingan Hero Remaja 2020, namun nama Meerqeen dilihat lebih menyerlah apabila dia kini semakin aktif menerima tawaran berlakon.

Terbaharu, bakal muncul menerusi filem televisyen (FTV) Frontliner, Meerqeen dilihat antara pelapis pelakon baharu yang semakin meningkat naik.

Namun begitu, ada juga suara-suara nakal yang mendakwa, Meerqeen atau nama sebenarnya, Shameer Shauqeen Shaiful Izam, 19, menggunakan kabel atau orang dalam untuk menempatkan dirinya dalam industri.

Mengulas mengenai perkara itu, Meerqeen lantas menafikan dakwaan berkenaan dan menyatakan apa yang diperoleh adalah hasil usahanya sendiri.

“Saya tidak pernah langsung menggunakan kabel atau orang dalam seperti yang didakwa. Jadi, saya tidak ada mendapatkan pertolongan daripada sesiapa dan saya buat ini dengan usaha saya sendiri. Bila ada dakwaan yang mengatakan saya guna kabel, saya akui agak terasa.

“Saya buat semua ini dengan susah payah, titik peluh saya sendiri. Di mana saya berada sekarang bukanlah senang sebab empat tahun juga untuk saya cuba di dalam industri ini. Saya percaya jika kita sentiasa ikhlas dan berusaha, insyaAllah orang akan nampak bakat kita,” katanya.

> Baca: Dokumentari Kanzun Angkat Kisah Tokoh Ulama Wanita Tempatan

Dia berkata demikian ketika ditemui pada majlis pelancaran FTV Frontliner yang berlangsung di Publika, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Selain Meerqeen, Frontliner turut dibintangi Azhan Rani, Emma Maembong, Beto Kusyairy, Wan Maimunah, Farah Ahmad dan Achey.

Ia bakal ditayangkan pada Oktober depan di saluran Astro First (480). Frontliner mengisahkan tentang cabaran pejuang barisan hadapan menentang ancaman pandemik Covid-19 itu diterbitkan oleh D’Alphalegacy Sdn. Bhd.

Frontliner yang diarahkan Razif ‘Ajiboy’ Rashid itu telah menjalani penggambaran di sekitar Lembah Klang dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) dilaksanakan. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
2
+1
0
+1
1
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button