• FOLLOW US
Cerita Artis, Hiburan

Ewal & Akma Abdullah Tampil Kolaborasi Lagu Balada ‘Masih Ada’

Penyanyi Ewal dan Emma Abdullah tampil dengan buah tangan terbaharu iaitu sebuah lagu duet berjudul Masih Ada yang mengangkat tema cinta.

Yang menariknya lirik lagu ini merupakan hasil gubahan Ewal sendiri. Menurut Ewal, idea untuk menghasilkan lagu duet ini dicetuskan sendiri oleh komposer lagu ini iaitu Jaybon di bawah syarikat produksinya, Jaybon Music Production.

“Projek menghasilkan lagu duet ini sudah dirancang sejak tiga bulan yang lalu. Pada awalnya, mereka ingin menggandingkan saya dengan penyanyi dari Singapura.

“Tapi akhirnya mereka berpendapat suara dan vokal Akma lebih sesuai dan serasi dengan saya dengan saya di dalam lagu yang seperti ini.

“Saya turut merasai keserasian bersama Akma sewaktu kami menjayakan rakaman suara bagi lagu ini,” katanya.

Sementara itu, Akma pula melihat peluang ini sebagai satu langkah untuknya terus melebarkan sayap dalam bidang seni.

“Apabila dapat bergandingan dengan Ewal, ia adalah satu penghormatan buat saya kerana saya mengenali dia sebagai penyanyi bertaraf antarabanga apabila dia menyertai World Championship of Performing Arts di Amerika Syarikat sebelum dia menyertai AF.

“Masih Ada bagi saya mempunyai kekuatan yang tersendiri. Ia memiliki soul. Saya terpaksa akui memang tidak mudah untuk menyanyikan lagu ini. Saya berharap lagu duet saya dan Ewal ini akan diterima serta mampu melonjakkan semula nama kami berdua di dalam persada seni suara,” kata Akma. – KopiPlanet.com

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Send this to a friend