Cerita ArtisHiburan

Eyra Hazali Sah Berbadan Dua, Mohon Doa Yang Baik-Baik

Rumah tangga yang dibina pelakon Eyra Hazali bersama penjaga gol pasukan kebangsaan, Haziq Nadzli bakal diserikan dengan kehadiran cahaya mata sulung mereka.

Khabar gembira itu dilayangkan Eyra menerusi sebuah video yang menunjukkan reaksi suaminya saat dia memberikan kejutan itu kepada Haziq.

“Alhamdulillah, tak tahu macam mana nak cakap tapi sangat bersyukur. Doakan untuk kami ya,” tulis Eyra ringkas.

Rakan selebriti seperti Wany Hasrita, Mia Ahmad, Datin Elvina Mohamad, Elisya Sandha, Sarah Suhairi dan Anuar Zain juga tidak ketinggalan memberikan ucapan tahniah di atas kehamilan Eyra yang baharu memasuki minggu kedua.

Eyra atau nama sebenarnya, Hazirah Qasdina Hazali, 21, dan Haziq diijabkabulkan pada 1 November lalu di Masjid As-Syakirin, KLCC selepas hampir setahun bertunang.

Pelakon yang terkenal dengan drama bersiri Mr. Grey itu kini menetap di Johor Bahru mengikut suaminya yang berkhidmat dengan pasukan Johor Darul Takzim (JDT). – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button