AntarabangsaHollywood

Hanya Bertahan Lima Tahun, Ne-Yo Umum Dah Bercerai

Penyanyi lagu One In A Million, Ne-Yo mendedahkan dia sudah bercerai dengan isterinya, Crystal Smith setelah lima tahun hidup bersama.

Perpisahan pasangan itu mula menjadi bualan pada bulan lalu dan akhirnya Ne-Yo mengambil pendekatan menghebahkan perkara itu kepada umum bagi mengelakkan sebarang salah faham.

“Lama-kelamaan orang akan tahu juga yang saya sudah bercerai dengan isteri. Penceraian berlaku disebabkan sudah tiada lagi keserasian di antara kami.

“Walaupun begitu, kami akan sentiasa berbaik demi kebajikan anak-anak. Dia ibu kepada anak-anak saya dan saya akan tetap menghormatinya biarpun kami bukan lagi suami isteri,” katanya.

Hasil perkahwinan itu, Ne-Yo mempunyai dua anak lelaki, Shaffer Chimere Smith Jr, 4, dan Roman Alexander-Raj, 2.

Penyanyi itu turut mempunyai dua lagi anak iaitu Madilyn, 9, dan Mason, 8, hasil hubungan dengan teman wanita terdahulu. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button