Cerita ArtisHiburan

Farid Kamil Digugurkan Daripada Kelab Spark Selepas Dihukum Penjara

Selepas tercetusnya kontroversi melibatkan dua pelakon popular ini, aktor Zul Huzaimy Marzuki, 41, menjelaskan Datuk Farid Kamil telah dibuang daripada jawatannya sebagai Naib Presiden Kelab Spark Malaysia sebaik dia dijatuhkan hukuman penjara pada bulan Mei lalu.

Menurut Zul, sebagai presiden kelab dia berhak melucutkan jawatan Farid mengikut perlembagaan yang tertakluk dalam mana-mana persatuan di negara ini.

“Farid kini bukan lagi bergelar naib presiden hasil perbincangan saya bersama ahli kumpulan lain. Mengikut perlembagaan bila mana seseorang individu yang dijatuhkan hukuman mahkamah perlu digantung atau tidak lagi terlibat dalam persatuan, jadi saya berkuasa boleh buang dia daripada kumpulan.

“Farid dibuang hasil perbincangan saya bersama ahli-ahli yang lain. Takkanlah kita nak ikonkan seseorang yang telah dijatuhkan hukuman kan? Kawan tetap kawan sebab kalau adik saya pun terlibat dalam kesalahan jenayah, saya akan buang dia juga,” katanya.

Zulhuzaimy berkata demikian ketika ditemui pada majlis sidang media program terbaharu Astro, All Stars Buka Panggung yang berlangsung di The Starling Mall, Damansara Utama semalam.

‘Perbalahan’ tercetus di antara dua pelakon itu selepas Zul mendakwa Farid telah melanggar perjanjian apabila mengetepikan pembabitan ribuan pelakon tambahan yang juga ahli Kelab Spark Malaysia dalam penerbitan filem terbaharu Farid.

Ketika diminta mengulas mengenai hubungannya dengan Farid, Zul berkata mereka ada saling berhubung menerusi aplikasi perbualan WhatsApp, namun bagi Zul buat masa ini lebih elok mereka berdua saling menjauhkan diri bagi meredakan seketika permasalahan yang melanda.

“Kami masih lagi berhubung tapi buat sementara waktu ini adalah lebih baik kiranya kami saling jauhkan diri dari satu sama lain dulu. Itu lebih baik buat kami,” ujarnya.

Zul sebelum ini menubuhkan kelab motosikal, Kelab Spark Malaysia yang setakat ini telah mengumpulkan lebih 4,000 ahli dari serata Malaysia.

Antara selebriti yang turut dilantik sebagai ikon kelab itu ialah Mamat Sepah, Cat Farish, Kazar dan Dayana Roza. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button