AntarabangsaHollywood

Gambar Berpelukan Brad Pitt & Alia Shawkat Sahkan Gosip Bercinta?

Gambar Brad Pitt berpelukan dengan pelakon Alia Shawkat seolah-olah mengiakan khabar angin yang mendakwa mereka kini sedang bercinta.

Menerusi gambar kandid yang diambil itu, Brad dilihat tersenyum sambil memeluk aktres drama bersiri Arrested Development itu ketika mereka bersama-sama hadir menyaksikan konsert opera Kanye West yang berlangsung di Los Angeles, Ahad lalu.

Walaupun kelihatan mesra, namun beberapa teman rapat Brad mengatakan pelakon itu hanya bersikap ramah terhadap Alia dan tidak mempunyai apa-apa hubungan romantis yang tercetus di antara kedua-duanya.

“Mereka duduk di kawasan VIP. Brad hanya bersikap mesra terhadap Alia tapi ia tidak membawa maksud apa-apa. Aktor itu memang suka dikelilingi rakan baiknya yang terdiri daripada beberapa rakan artis wanita lain tapi itu tidak bemakna mereka sedang bercinta,” ujar satu sumber yang rapat dengan Brad memetik Metro UK. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button