• FOLLOW US
Antarabangsa, Hollywood

Green Day Kembali Dengan Album Baharu, Jelajah Asia Tahun Depan

Kumpulan trio punck rock Amerika, Green Day kembali memeriahkan industri hiburan antarabangsa menerusi penerbitan album studio ke-13 mereka, Father of All yang bakal dilancarkan pada 7 Februari 2020.

Sehubungan itu, Green Day yang dianggotai Billie Joe Armstrong, Mike Dirnt dan Tre Cool bakal mengadakan konsert jelajah di serata Asia bermula Mac 2020.

Tiket untuk konsert jelajah Asia akan mula dijual pada 20 September ini, jam 10 pagi di laman web rasmi band tersebut.

Antara negara yang bakal dilawati Green Day adalah Singapura, Thailand, Filipina, Hong Kong, Taiwan, Korea Selatan dan Jepun.

Berikut merupakan jadual konsert jelajah Asia Green Day yang cukup popular dengan lagu seperti 21 Guns, American Idiot, Minority dan Boulevard of Broken Dreams:

8 Mac – Singapore, Singapore Indoor Stadium
11 Mac – Bangkok, Impact Arena
14 Mac– Manila, Mall of Asia Arena
17 Mac – Taipei, Taipei Arena
20 Mac – Hong Kong, Asia World Expo
22 Mac – Seoul, Jamsil Indoor Gym
25 Mac – Osaka, Intex
27 Mac – Tokyo, Makuhari, Messe – KopiPlanet.com

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Send this to a friend