• FOLLOW US
Cerita Artis, Hiburan

Hargai Media, Sarah Sumbang 200 Bubble Bee Di Istana Negara

Penyanyi Siti Sarah meluangkan masa lebih dua jam turun melihat sendiri rakan media yang bertugas di pintu Istana Negara hari ini berikutan senario politik semasa yang melanda negara kini.

Sarah melahirkan rasa kagum dan hormat dengan tugas rakan media yang sanggup berkampung di bawah panas-terik bagi mendapatkan berita terkini.

“Saya tabik dengan semangat kerja yang ditunjukkan rakan-rakan media yang komited serta tidak berganjak di kawasan tugasan.

“Jujurnya, bukan mudah apa yang mereka lalui demi amanah dan tugas yang digalas. Wajar kita menghargai mereka,” katanya.

Penyanyi lagu Semakin itu turut membawa bersama minuman yang diasaskannya bersama suami, Shuib iaitu Bubble Bee dan Stik Madu yang diedarkan kepada rakan-rakan media, orang ramai dan anggota keselamatan.

Sarah turut teruja apabila berpeluang melihat sendiri ketibaan Perdana Menteri Interim, Tun Dr Mahathir Mohamad tiba memasuki Istana Negara.

“Saya sendiri yang memang mahu turun dan lihat sendiri situasi yang dilalui oleh rakan media yang memang rakan-rakan saya sendiri.

“Bagi saya hari ini saya belajar sesuatu yang baharu dan saya mendokan kita semua terus hidup aman dan damai sentiasa,” katanya.

Sedang popular dengan lagu Dap Dap Dap, Siti Sarah berkata, beliau juga bakal melancarkan video klip single berkenaan serta satu kejutan.

“Ada sesuatu yang istimewa, saya akan kongsi nanti,” katanya.

Sebanyak 200 cawan minuman Bubble Bee Black Pearl dan Diamond Pearl serta 300 stik madu diedarkan kepada rakan media dan anggota keselamatan. – KopiPlanet.com

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Send this to a friend