• FOLLOW US
Antarabangsa, Hollywood

Hillary Duff Dikecam Tindik Telinga Anak Berusia Lapan Bulan

Penyanyi popular, Hillary Duff telah dikecam netizen gara-gara menindik telinga anak perempuannya yang baharu berusia lapan bulan.

Hillary sebelum itu telah memuat naik hantaran di Instagram menunjukkan anaknya, Bank Violet Bair bertindik di telinga.

Kebanyakan netizen menyatakan perbuatannya itu salah kerana seolah-olah ‘mendera’ anaknya yang masih belum mengerti apa-apa.

 

View this post on Instagram

 

Mama and 🍓 📷 @matthewkoma

A post shared by Hilary Duff (@hilaryduff) on

Namun bukan semua menghentam perbuatan penyanyi yang cukup terkenal dengan sitkom Lizzie McGuire itu, sebaliknya kebanyakan warganet yang berasal dari Asia menyokong tindakannya itu malah menyifatkan itu adalah satu perkara biasa untuk seorang ibu menindik telinga anak perempuannya yang masih kecil.

Hillary, 32, tidak membalas semua kritikan yang dilemparkan kepadanya dan masih lagi tidak memadam ‘posting’ yang dibuatnya itu. – KopiPlanet.com

 

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Send this to a friend