Cerita ArtisHiburan

Hubungan Haliza Misbun & Kekasih Melangkah Ke Fasa Baharu

Pelakon Haliza Misbun, 45, menjelaskan hubungannya dengan seorang jejaka Inggeris akan melangkah ke fasa baharu dalam masa terdekat ini.

Namun begitu, aktres yang terkenal dengan drama bersiri Cinderella itu terus mengunci mulutnya ketika ditanya lebih lanjut mengenai perancangannya itu.

“Saya masih lagi berkawan dengan si dia. InsyaAllah kami akan melangkah ke fasa seterusnya dalam waktu terdekat. Saya dah kenal dengan dia sejak lima tahun lalu. Saya seboleh mungkin cuba menjarakkan hal kerjaya dengan peribadi.

“Tapi bila tiba masa (untuk mendirikan rumah tangga), saya akan umumkan. Tapi saya sering tertanya-tanya adakah perlu saya berbuat demikian, saya bukannya orang penting pun,” kata Haliza kepada KopiPlanet.com.

Haliza ditemui pada majlis sidang media teater Pokok yang diadakan di Sanggar Tun Sri Lanang, Menara Dewan Bahasa Dan Pustaka (DBP), Kuala Lumpur, semalam.

Menerusi teater arahan U-Wei Haji Shaari, Haliza akan bergandingan dengan rakan pelakon seperti Ebby Saiful, Rahim Jailani dan Buyung Zasdar.

Pokok yang merupakan olahan skrip daripada bekas pengerusi Media Prima Berhad, Tan Sri Johan Jaafar bakal dipentaskan di Auditorium DBP bermula 7 hingga 16 Disember ini.

Tiket berharga RM30 dan RM50 boleh didapati menerusi www.airasiaredtix.com bermula 12 November ini.

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button