• FOLLOW US
Cerita Artis, Hiburan

Hunny Madu Nafi Badan Terlalu Kurus Kerana Masalah Kesihatan

Penyanyi dan pengacara Hunny Madu menafikan dia mempunyai masalah kesihatan sehingga nampak terlalu kurus, sebaliknya dia hanya mengamalkan gaya hidup sihat sejak beberapa bulan kebelakangan ini.

Menurut Hunny atau nama sebenarnya, Hani Farhana Mohd Hatim, 35, sejak dia melahirkan anak keduanya, Adam Musa tahun lalu, dia mengambil pendekatan untuk lebih menjaga kesihatan agar kelihatan cergas dan bertenaga.

“Sejak melahirkan anak kedua berat badan saya dari 65 kilogram kini sudah sudah berjaya mencecah 48 kilogram. Pada tiga bulan pertama melahirkan Adam Musa saya memang tidak ‘work out’ langsung dan hanya pergi ke sauna bagi membakar kalori.

“Hanya selepas itu baharulah saya mula buat senaman angkat berat dan sejak itu ‘abs’ badan saya cepat naik sehingga menjadikan badan saya nampak ‘fit’ dan ‘lean’.

Jelasnya, apa yang dilakukannya sekarang ini semata-mata dia ingin mengekalkan berat badannya kini agar sentiasa kelihatan cergas dan bertenaga.

Ujar Hunny, dia juga sudah kurangkan penggambilan ayam dan daging, malah lebih makan banyak sayur seperti tempe, tofu dan ulam-ulaman.

Menurutnya lagi, dalam tempoh seminggu kira-kira dalam dua hari sahaja ‘cheat day’ untuk dirinya memakan ayam dan daging.

“Sebelum ini ramai juga peminat cakap kenapa saya dah kurus, tapi sebenarnya tidaklah kurus mana. Cumanya saya jenis suka pakai baju besar-besar, sebab itu mereka ingat badan saya terlalu kurus.

“Kalau saya pakai baju sedikit ketat, tiada pun nampak badan saya kurus. Ini memang kira berat badan ideal saya,” jelasnya lagi.

Sementara itu, bercakap mengenai perkembangan terbaharu, Hunny bakal terlibat dengan satu program televisyen terbitan produksi dari Singapura berjudul Check In.

Menerusi rancangan itu, Hunny akan membawa penonton menggembara ke lokasi-lokasi menarik di seluruh Malaysia untuk tatapan penonton.

Selain itu, Hunny juga bakal tampil dengan single Inggeris terbaharu berjudul Ways yang bakal dilancarkan dalam masa terdekat. – KopiPlanet.com

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Send this to a friend