Cerita ArtisHiburan

Ikut Peredaran Muzik Digital, ‘Rojak’ Jadi Album Terakhir Faizal Tahir

Penyanyi Faizal Tahir nekad dengan keputusannya untuk tidak menghasilkan lagi album selepas ini berikutan mengikut arus perubahan digital yang melibatkan industri muzik.

Menurut Faizal, dia bersikap realistik mengikut keadaan semasa yang memperlihatkan situasi jualan album yang tidak memberangsangkan sejak kebelakangan ini.

“Setiap yang bermula pasti ada pengakhirannya dan setiap pengakhiran juga adalah sebuah permulaan yang baharu. Saya bukan cakap yang saya dah bersara dalam bidang muzik, sebaliknya hanya berhenti daripada hasilkan album.

“Jadi, selepas ini saya ambil pendekatan dengan mahu menghasilkan ‘single by single’ sahaja dan akan terus menyanyi seperti biasa,” ujarnya.

Faizal berkata demikian ketika ditemui pada majlis pelancaran album Rojak di pejabat Warner Music Malaysia, Neo Damansara baru-baru ini.

Ujar Faizal, sebagai penyanyi dia seharusnya mengikut perkembangan arus digital yang semakin berkembang dengan tidak boleh mengabaikan teknologi dan ikut mengejarnya.

Menurutnya, secara jujur dia melihat penjualan album di era digital yang kurang memberansangkan menjadi punca Rojak merupakan album terakhir daripadanya.

“Walaupun Rojak menjadi album terakhir, tetapi saya masih lagi akan terus berkarya untuk menghasilkan lagu-lagu untuk penyanyi lain juga.

“Alhamdulillah, Tuhan telah beri kelebihan untuk saya mencipta lagu agar saya boleh terus berkarya pada masa akan datang,” katanya.

Sebagai penghargaan buat peminat setianya, Faizal, 41, turut melancarkan Rojak Box Set edisi terhad yang memuatkan album Rojak dan barangan eksklusif seperti set sticker, phone grips, keychain, poloraid yang ditandatanganinya serta poskad dengan ucapan khas daripada Faizal sendiri.

Album berkenaan menampilkan sebanyak sembilan buah lagu iaitu Ragaman, Ratu, Starfeather, Kamu, Bisa Aja, Malaysia, This Is Anfield, Until We Meet Again dan lagu tema filem BoboiBoy Movie 2, Fire & Water.

Ia telah diterbitkan oleh syarikat rakaman milik Faizal sendiri, Faithful Music dengan kerjasama Warner Music Malaysia selaku pengedar.

“Album fizikal dalam bentuk CD boleh dibeli di kedai-kedai seluruh negara manakal versi digital boleh didapati di kesemua platform digital seperti Spotify, Apple Music, Joox, KKBox, Deezer dan iTunes sejak 2 Ogos lalu. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button