• FOLLOW US
Cerita Artis, Hiburan

Innuendo Ubat Kerinduan Peminat Dengan Konsert The Return Di IB

Cukup popular dengan lagu malar segar Belaian Jiwa, kumpulan Innuendo bakal tampil dengan konsert ‘comeback’ mereka buat mengubati kerinduan peminat setia kumpulan itu.

Konsert Innuendo – The Return yang dianjurkan Shiraz Projects itu bakal diadakan pada 10 April ini bertempat di Panggung Sari, Istana Budaya, Kuala Lumpur.

Menerusi persembahan selama dua jam itu, peminat bakal dihiburkan dengan rangkaian lagu popular Innuendo seperti Selamanya, Gemawan, Ratu Hati dan Belaian Jiwa.

Konsert itu nanti disertai tiga ahli Innuendo iaitu Sam, Taj dan Pot. Mereka akan diiriingi oleh 12 pemuzik yang akan diketuai oleh pengarah muzik Michael Veerapan.

Tiket-tiket berharga RM125 (Gold), RM255 (Platinum), RM355 (Diamond), RM695 (Meet & Greet) boleh didapati menerusi laman web www.myticket.asia. – KopiPlanet.com

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Send this to a friend