Cerita ArtisHiburan

Tampil Seksi… Jasmine Suraya Kecewa Sering Dapat Komen Tak Senonoh

Pelakon filem Paskal, Jasmine Suraya Chin Xian Mei, 30, atau lebih dikenali dengan nama komersil Jasmine Suraya Chin melahirkan perasaan kesal dan kecewa terhadap sesetengah netizen yang memberikan komen tidak senonoh menerusi gambar yang dimuat naik di laman sosialnya.

Menurut Jasmine, dia tidak pasti apa yang dilihat oleh mereka dan menambahkan kekecewaannya lagi apabila kebanyakan yang meninggalkan komen sebegitu adalah dalam kalangan remaja lelaki yang berusia bawah 18 tahun.

“Terus-terang, saya cukup sedih dan kecewa bila saya tengok komen-komen ini datang daripada remaja lelaki yang usia mereka bawah 18 tahun apabila saya tengok profil mereka.

“Saya sangat tidak faham pemikiran mereka. Kadang-kadang bila baca komen, saya fikir balik apa yang mereka tengok dan fikir pun saya tak tahu,” katanya kepada KopiPlanet.com

Jasmine ditemui pada majlis sidang media Malaysia’s Make Up Artist Awards 2019 yang diadakan Hotel Sunway Putra, Kuala Lumpur semalam.

Pelakon kelahiran Kuching, Sarawak itu sering kali dikaitkan dengan imej seksi seperti yang dipaparkannya menerusi laman sosial Instagram.

Bercakap bagaimana dia mengatasi hal itu, Jasmine berkata dia hanya mengambil pendekatan tidak menghiraukan komen-komen tersebut dan meneruskan kehidupan seperti biasa.

“Biasanya saya akan buat tidak peduli sahaja walaupun kadang-kadang timbul juga rasa nak hentam balik mereka di laman sosial.

“Bukan niat saya untuk buat apa-apa dengan memuat naik foto seksi, mungkin gambar itu ada sedikit seksi tapi bagi saya, ia seksi yang bertempat,” jelasnya lagi.

Bercakap mengenai perkembangan seni, Jasmine kini sedang giat menjalani kelas mempertahankan diri bagi mempersiapkan dirinya dalam drama aksi, KL Gangster Underworld musime kedua yang akan memulakan penggambarannya tidak lama lagi. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button