
Cerita ArtisHiburan
Izara Bak Permaisuri Dalam Persalinan Rizman Ruzaini
Pelakon Izara Aishah telah pun selamat bergelar isteri kepada anak tiri Datuk Seri Siti Nurhaliza iaitu Adib Khalid, Jumaat lalu.
Semalam juga telah berlangsung majlis resepsi sebelah pengantin lelaki di sebuah hotel terkemuka di ibu negara.
Jika di majlis pernikahannya Izara menggayakan busana baju kurung moden rekaan Datuk Rizalman Ibrahim, untuk majlis resepsi pula aktres cantik itu memperagakan gaun hasil ciptaan pereka Rizman Ruzaini.
Hasilnya, memang super wow! Orang dah sedia cantik, pakai apa pun memang tiada cacat celanya.
Ternyata semua peminat begitu mengagumi kecantikan semula jadi yang dimiliki pelakon kacukan Melayu-Pakistan ini.
Tahniah Izara dan Adib! – KopiPlanet.com
Kredit Foto: Instagram Rizman Ruzaini
Apakah reaksi anda?
+1
+1
+1
+1
+1
+1
+1



