
Jared Leto Dipilih Pegang Watak Pengasas Playboy
Pelakon Jared Leto telah dipilih bagi menjayakan watak pengasas majalah Playboy, Hugh Hefner.
Hugh meninggal dunia di usia 91 tahun pada 27 September lalu akibat sakit tua di kediaman mewahnya di Beverly Hills, California.
Filem biopik mengenai kehidupan itu bakal diarahkan Brett Ratner.
Menurut Brett, Jared merupakan kawan lamanya dan memang mengidam untuk membawakan watak Hugh sekiranya ia diangkat ke layar perak.
“Bila Jared dengar berita yang saya dapat hak untuk menerbitkan kisah Hugh, dia terus beritahu saya dia mahukan watak itu. Saya yakin Jared boleh bawa watak itu dengan baik. Dia merupakan antara pelakon yang terbaik kita pernah pada masa kini,” katanya dipetik Hollywood Reporter.
Perbincangan untuk menerbitkan filem mengenai kisah hidup Hugh sebenarnya sudah dirancang sejak 10 tahun lalu namun ketika itu antara nama yang dicadangkan ialah Robert Downey Jr. – KopiPlanet.com