• FOLLOW US
Antarabangsa, Kpop

Jenayah Pelacuran: Seungri Diharamkan Keluar Dari Korea Selatan

Bekas ahli kumpulan Big Bang, Seungri telah diharamkan meninggalkan Korea Selatan oleh pihak berkuasa selepas dikaitkan dengan jenayah pelacuran.

Seungri sebelum ini membuat pengumuman di laman Instagram mengatakan dia sudah pun meninggalkan kumpulan yang telah menaikkan namanya dalam persada seni.

Kelab malam, Burning Sun yang dimilliki selebriti berusia 29 tahun itu dikatakan terbabit dengan skandal rasuah, penyalahgunaan dadah dan sindiket pelacuran.

Seungri juga didakwa membekalkan gadis-gadis tanpa kerelaan mereka untuk melayani nafsu seks pelabur asing di kelab miliknya itu.

Selain itu, Seungri turut didakwa menyediakan gadis-gadis untuk melayani rakan-rakan selebriti seperti Jung Joon Young, Jong Hoon (FT Island) dan Jong Hyun (CN Blue). – KopiPlanet.com

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Send this to a friend