AntarabangsaKpop

Jeon Mi-seon Ditemui Mati Gantung Diri Di Bilik Air Hotel

Pelakon Jeon Mi-seon dijumpai mati pada Sabtu lalu di sebuah hotel di Jeonju, Korea Selatan. Mayatnya dijumpai dalam keadaan tergantung di bilik mandi di bilik hotelnya.

Pengurusnya yang curiga setelah dua hari tidak dapat menghubungi Mi-seon memaklumkan perkara itu kepada pihak polis sebelum mayatnya dijumpai dalam keadaan menyedihkan.

Menurut pengurusnya, Mi-seon, 49, berhadapan dengan masalah kemurungan selepas dia kehilangan ahli keluarga terdekat selain ibunya yang terlantar sakit.

“Mendiang sebelum ini pernah mendapatkan rawatan untuk penyakit kemurungan yang dialaminya tapi sedihnya kami terpaksa memberitahu yang dia sudah meninggal dunia,” kata agensi pengurusan Mi-seon, Boas Entertainment dalam satu kenyataan media.

Mi-seon sebelum ini cukup dikenali menerusi wataknya dalam drama Love is a Crazy Thing pada 2005. Namun kemuncakk kerjayanya ialah apabila membintangi filem-filem seperti Mother, Memories of Murder, Hide and Seek, Bungee Jumping of Their Own. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button