• FOLLOW US
Antarabangsa, Hollywood

Joe Jonas Kahwin ‘Koboi’ Dengan Sophie Turner Di Las Vegas

Jika adiknya, Nick Jonas mengadakan perkahwinan serba gah dan meriah dengan aktres Priyanka Chopra berlainan pula dengan Joe Jonas, 29, yang mengambil keputusan untuk mengahwini tunangnya, pelakon Game of Thrones, Sophie Turner dalam satu majlis pernikahan serba ringkas di Las Vegas, Amerika Syarikat semalam.

Joe dan Sophie disatukan sebagai suami dan isteri di hadapan seorang paderi peniru gaya Elvis Presley. Pasangan itu dikahwinkan sejurus selepas berakhirnya majlis anugerah Billboard yang berlangsung di MGM Garden Arena semalam.

Berita perkahwinan pasangan itu tersebar selepas kawan baik Joe, Dj Diplo memuat naik beberapa siri video di laman Instagramnya menerusi aplikasi Instgram Live.

Wakil publisiti Sophie, Gertie Lowe mengesahkan berita tersebut kepada portal berita CNN mengenai perkahwinan dua selebriti popular itu.

Joe dan Sophie, 23, bertunang pada 2017 selepas beberapa tahun berkawan rapat. – KopiPlanet.com

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Send this to a friend