• FOLLOW US
Antarabangsa, Hollywood

Jonas Brothers Akui ‘Cincin Kekal Teruna’ Sesuatu Yang Mengarut

Ahli kumpulan Jonas Brothers mengakui pakatan mengenakan ‘cincin kekal teruna’ (purity ring) di awal kemunculan mereka dalam bidang seni adalah sesuatu yang menjengkelkan dan mengarut.

Kumpulan yang dianggotai tiga beradik iaitu Kevin, Joe dan Nick memakai purity ring kerana dibesarkan dalam keluarga yang berpegang teguh pada ajaran agama memandangkan bapa mereka merupakan seorang paderi.

Mereka membuat pendedahan itu ketika menjadi tetamu rancangan ‘Carpool Karaoke’ bersama James Corden.

Ketiga-tiganya mengakui melakukan hubungan seks sebelum berkahwin sekali gus bercanggah dengan tujuan mereka memakai cincin tersebut sebelum ini.

“Kami rasa cincin ini mengarut dan ia sering kali menjadi bahan perlian daripada orang ramai. Sampai pada satu tahap kami ambil keputusan untuk tidak lagi memakainya kerana ia bukanlah diri kami yang sebenar,” kata Kevin mewakili adik-adiknya.

Kevin sudah pun berkahwin dengan Danielle Jonas dan hasil perkahwinan mereka mempunyai dua cahaya mata perempuan sementara Nick baharu sahaja mendirikan rumah tangga dengan pelakon Priyanka Chopra pada Disember lalu.

Joe pula sudah bertunang dengan pelakon siri Game of Thrones, Sophie Turner.

Menerusi program itu juga, Nick mengakui dia sudah hilang teruna beberapa tahun sebelum mengenali isterinya.

Jonas Brothers yang sebelum ini dibubarkan pada 2013 sudah pun kembali bersama dan mereka kini tampil dengan single terbaharu berjudul Sucker.

Pasangan masing-masing turut sama menjayakan penggambaran muzik video lagu tersebut yang sehingga kini sudah pun mencatatkan lebih 55 juta tontonan di Youtube. – KopiPlanet.com

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Send this to a friend