Cerita ArtisHiburan

Julia Farhana Mahu Fokus Kerjaya, Enggan Terikat Komitmen Cinta

Pelakon yang semakin meningkat naik namanya, Julia Farhana Marin, 25, menjelaskan dia kini mahu memberikan fokus terhadap kerjaya lakonan yang semakin berkembang sejak akhir-akhir ini.

Menurut pelakon berdarah kacukan Melayu-Itali itu, dia tidak bersedia untuk bercinta atau mempunyai hubungan serius dengan mana-mana lelaki buat masa ini.

“Sekarang saya memang cukup sibuk dengan kerjaya dan keluarga. Keluarga memang sentiasa jadi keutamaan saya di samping kerjaya.

“Kerjaya saya sekarang semakin berkembang dan kini saya pun dah dapat watak yang idamkan. Saya tidak bersedia lagi untuk bercinta atau mempunyai hubungan serius dengan sesiapa pun buat masa ini,” katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran filem Coast Guard di ibu kota, semalam.

Menerusi filem terbitan Arie Zaharie Production itu, Julia akan memegang peranan sebagai pegawai Maritim yang lasak, Melati yang mana merupakan watak idamannya.

Selain Julia, filem arahan Hashim Rejab itu turut dibintangi Saharul Ridzwan, Emma Maembong, Fauzi Nawawi, Laila Nasir dan Aziz M. Osman.

Mengulas lanjut mengenai hubungannya dengan pelakon Erwin Dawson, Julia menjelaskan dia kini tidak mempunyai sebarang hubungan istimewa dengan pelakon kelahiran Singapura itu.

“Erwin dengan saya masih berkawan. Kalau di masa akan datang, kami dituntut untuk bekerjasama dalam satu naskhah saya tiada masalah untuk berlakon bersama dia. Saya pasti dia pun mesti tiada masalah kalau kami digandingkan bersama.

“Kami memang baik walaupun sudah tiada sebarang hubungan istimewa. Mengenai dia dah jumpa pengganti? Saya memang tidak campur hal peribadi dia. Itu adalah hak dia untuk mempunyai teman baharu,” ujarnya lagi.

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button