• FOLLOW US
Antarabangsa, Hollywood

Justin Bieber Akhirnya Buat Majlis Resepsi Lepas Setahun Kahwin

Setelah setahun mendirikan rumah tangga, pasangan selebriti, Justin Bieber dan isteri, Hailey Baldwin akhirnya akan diraikan menerusi satu majlis resepsi yang dijadualkan berlangsung Isnin ini di sebuah resort peranginan yang terletak di Carolina Selatan, Amerika Syarikat.

Justin dan Hailey sebelum ini hanya mendaftarkan perkahwinan mereka di pejabat registra perkahwinan di ibu kota New York tanpa melakukan sebarang majlis keraian.

Dan tahun ini, mereka merancang majlis besar-besaran bagi meraikan ikatan cinta mereka dengan menjemput ahli keluarga dan teman rapat kedua belah pihak.

Memetik People.com, sumber terdekat pihak resort Palmetto Bluff mengatakan Justin telah menyewa keseluruhan resort tersebut selama empat hari bermula dari 29 September hingga 1 Oktober depan.

Majlis penuh privasi dan tertutup itu turut menuntut semua tetamu yang diundang pasangan berkenaan agar membuat pengesahan maklumat kedatangan tiga hari lebih awal bagi memudahkan pihak keselamatan menyediakan pas laluan khas untuk ke majlis itu nanti.

Justin dan Hailey berkahwin pada 13 September tahun lalu dan selepas berkahwin, Hailey secara rasmi telah menukar namanya dengan menggunakan nama keluarga suaminya, Hailey Rhode Bieber. – KopiPlanet.com

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Send this to a friend