Cerita ArtisHiburan

Juzzthin Tidak Rasa Kekok Berlakon Dialek Negeri Sembilan

Penyanyi rap, Juzzthin atau nama sebenarnya, Mohamad Nazreen Norzali yang diberi kepercayaan melakonkan watak utama dalam filem This Is Pilah mengakui ia bukan satu perkara yang sukar untuknya bertutur dalam dialek Negeri Sembilan.

Ini kerana, menurutnya sejak kecil dia dibesarkan di rumah neneknya di Senaling, Kuala Pilah sehinggakan dia mampu menguasai dialek tersebut dengan baik.

“Filem ini sepenuhnya menuntut saya bertutur dalam dialek Negeri Sembilan dan saya memang tiada masalah langsung dengan perkara itu.

“Ramai sebelum ini ingat saya berasal dari Sabah tapi tak sebenarnya. Sejak kecil saya tinggal di rumah nenek di Senaling dan dari situ saya tahu bercakap dialek Negeri Sembilan.

“Sepanjang menjalani penggambaran filem ini saya tak tidur hotel, sebaliknya lebih senang tidur di rumah nenek saya,” katanya kepada KopiPlanet.com.

This Is Pilah merupakan filem pertama lakonan Juzzthin yang sebelum ini lebih dikenali menerusi siri komedi edutainment, Oh My English!

Menerusi filem itu, Juzzthin melakonkan watak sebagai Jasni, seorang pemuda kampung yang terpikat dengan seorang gadis yang berasal dari suku yang sama.

Namun mengikut adat, sesebuah pasangan itu tidak boleh disatukan sekiranya mereka berasal dari satu keturunan yang sama.

This Is Pilah yang diterbitkan Madness Films diarahkan oleh Rosdi Md Dali dan filem ini akan mula ditayangkan di pawagam seluruh negara pada 21 Jun ini.

Selain Juzzthin, This Is Pilah turut dibintangi Iesna Mohd Raus, Kazar, Joey Daud beserta penampilan khas Waris, Ito Blues Gang, Ustaz Syamsul Debat dan bekas ahli parlimen Kuala Pilah, Datuk Seri Hassan Malek.

This Is Pilah mengisahkan hasrat seorang pemuda di Kuala Pilah yang mahu memperisterikan gadis idamannya tetapi terpaksa berdepan dengan halangan bapa gadis itu kerana berasal dari suku yang sama. Agak-agaknya dapatkah mereka ‘melanggar’ adat untuk bersatu? – KopiPlanet.com

Kredit foto: Instagram Juzzthin

Apakah reaksi anda?
+1
1
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button